10.6.14

TRAVEL KE MELBOURNE, DAY 1







Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Jalan-jalan ke Melbourne, Australia.


Sebenarnya ini adalah kali pertama saya dan keluarga pergi melancong ke luar negara secara berempat memandangkan tuntutan kesibukan kerja dan menguruskan anak-anak.In fact, semasa ini anak bongsu saya belum mencecah setahun. Pada mulanya agak kebimbangan memandangkan keadaaan bayi yang masih kecil dan suhu di Melbourne yang tidak menentu.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan perancangan yang sebaiknya dan dengan pertolongan dan doa kepada Allah s.w.t supaya semuanya dipermudahkan.

 
Saya akan kongsikan mengenai Jalan-jalan ke Melbourne, Australia. Harap post kali ini akan memberikan panduan kepada perjalanan dan percutian anda. Saya berharap tujuan saya bukan ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian yang akan memberikan manfaat kerana saya sendiri melakukan banyak research terutama itinerary percutian ini melalui blog. Semasa ini, saya sangat bersyukur kerana mempunyai blog terutama warga Malaysia yang membolehkan saya mendalami bagaimana rentak perjalanan kami sekeluarga di bumi Melbourne nanti.
Selain itu, blog ini diharap dapat merakam sedikit sebanyak kisah kehidupan saya bersama keluarga.
Walaupun percutian ini telah berlangsung beberapa bulan yang lepas, saya akan cuba flashback sebanyak mungkin sharing untuk entry ini.

Penerbangan mengambil masa selama 7jam ++ ataupun hampir 8jam pada 17 October 2013 pada pukul 1030pm.. dan sampai di Tullamarine Airport 8jam pagi esok kalau waktu Malaysia dalam 0630am.Since beza masa lebih kurang 3 jam, kami tiba lebih kurang 0930am Australia time. Anak saya berumur 3 tahun dan seorang lagi berumur 11 bulan. Kebimbangan yang timbul ialah mereka start cranky or drama dalam flight memandangkan penerbangan 8 jam adalah agak panjang.
Alhamdulillah..Sepanjang penerbangan kedua-dua hanyalah tidur sehingga tiba di Tullamarine airport Melbourne.
 
Dua-dua tidur lena atas tilam empuk...Hehehehe



Tak percaya tengok la..Tidur tak bangun-bangun lagi...
 

Sebelum saya menyambung, ingin diingatkan sekiranya mempunyai niat ke Australia, walaupun Visa tidak diperlukan, anda mesti apply satu application yang dipanggil ETA yang mana boleh dilakukan melalui website. Charge lebih kurang AUD20, kalau tidak, memang jangan harap anda akan lepas di pihak imigresen. PENTING! Walaupun sebagai pelancong sahaja.
Kami sudah melakukan kesilapan, jadi diharap anda semua tidak melakukan kesilapan yang sama. Kami bertuah sebab kami tiba dia airport 3 jam lebih awal dan sempat apply through internet yang mengambil masa agak lama untuk go through the system. Alhamdulillah,  5 minit sebelum gate closed, application ke empat-empat kami lepas. Kalau tak, memang melepas. Hehehhe..
Disebabkan ini, kami suami isteri agak kaget sehinggakan sepanjang 8 jam di dalam flight tidak boleh melelapkan mata. Shock tak habis lagi.
Dalam fikiran yang lebih membimbangkan, bagaimana kami nak drive di tempat orang yang kami tidak penah jejak dengan hanya menggunakan bantuan GPS yang mana perjalanan lebih kurang 5-6 jam nanti.

Di Tullamarine Airport pemeriksaan kastam dan imegresennya adalah amat ketat..sehinggakan berkali-kali passport kami berempat di scan..Ini belum masuk bab makanan yang dibawa yang mana untuk memastikan tiada bakteria atau virus dari luar yang akan merosakan tanaman dan haiwan di Australia ini..jadi sebagai langkah keselamatan sentiasa "declare" apa yang anda bawa...

 
Dinasihatkan bahawa anda adalah dilarang sama sekali membawa barangan berasaskan tenusu, daging ataupun haiwan-haiwan lain.... Kami terpaksa melepasi pemeriksaan yang terakhir yang mana nak check kami bawa Brahim processed food je. Nasib baik semua lepas...Keadaan terkandas dalam airport agak lama disebabkan pemeriksaan yang agak ketat.
Selepas ini bermula perjalanan yang dikira hari pertama di Melbourne.
 Di hadapan Tullamarine airport menunggu feeder van ke tempat kereta sewa
 



 

HARI PERTAMA 18th October 2013
 
Anglesea, Apollo Bay, Great Ocean Road, Port Campbell
Selepas selesai urusan di dalam airport lebih kurang pukul 1 tengahari, kami menyewa sebuah Nissan X Trail untuk trip beberapa hari di Melbourne. Booking terlebih awal melalui online melalui syarikat Alpha Car Hire sebagai persediaan semasa tiba. Kami menunggu mengharapkan datang Nissan X Trail.Tunggu punya tunggu terkejut Nampak sebuah van besar! Oh My! Hahaha..Rupanya sistem kereta sewa di Melbourne van syarikat kenderaan tersebut akan membawa anda ke tempat sewa kereta. Bukan bawa kereta terus ke airport ye macam di Malaysia :)
Selepas selesai segala penyerahan kunci, kereta dan GPS mula blur sekejap..Macam mana kami nak drive. Jangan termasuk laluan tram, highway berbayar, silap jalan disebabkan lebuhraya berbayar di Melbourne menggunakan system macam prepaid. Kami memang akan guna free highway sahaja.
Alhamdulillah GPS sangat membantu, kami bertolak dari Melburne city menuju ke Port Campbell yang akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Singgah di supermarket Coles cari makanan yang kami survey halal untuk bekalan.

Bershopping di Coles mencari bekalan untuk masak di aparment
Pengalaman memandu di dalam Melbourne saya anggap satu kenangan yang sangat indah untuk kami sekeluarga. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan luar bandar Melbourne yang sangat menarik. Cuaca yang sejuk sepanjang perjalanan membuatkan anak-anak tidur dengan selesa.
Disebabkan terlalu penat dan mengantuk kami berhenti di beberapa perhentian di sepanjang lebuhraya untuk berhenti rehat. Penat ya amat sebab malam tak boleh tidur.
Perjalanan yang masih jauh dan hari yang agak gelap membuatkan kami tidak berhenti di terlalu banyak hentian. Dari Melbourne kami bergerak ke Geelong dan kami menikmati keindahan di sepanjang Great Ocean Road. Perjalanan agak mencabar dengan bukit bukau ladang menghijau, laut membiru dan akhirnya sempat sampai di Port Campbell lebih kurang pukul 7pm menikmati sunset di kawasan bukit bukau.
 



 11 months baby travel tidur sedap jerrrr...
 Sepanjang pemanduan menuju ke Port Campbell
Pemandangan kawasan lur Bandar di Melbourne yang sangat menghijau dan menyamankan


Nampak biri-biri meragut rumput sejuk-sejuk macam best jer :)
Sampai di Great Ocean Road
Pemandangan di sepanjang Great Ocean Road




Akhirnya sampai ke penginapan kami di Port Campbell jam 7 pm..Muke dah macam zombie penat gile!

Berikut ialah penginapan kami pada hari pertama tiba.
Port Campbell Parkview Motel & Apartments.
4 Desaily Street,
Port Campbell.
Victoria.
Australia 3269

Phone: 03 5598 6445
E-mail: parkview@portcampbellaccommodation.com
 Port Campbell Parkview Motel
 Rupa motel kami dari dalam walaupun pemandangan dah tak berapa cantik.Heehehe..
 Sejukk...Tido berlapis-lapis selimut sejukkk lagiiii..
Malam itu bekalan kami hanyalah roti dan sardine sehingga ke pagi. Kerana keletihan teramat semua melelapkan mata agak awal kerana esok bermula perjalanan baru :)

TUNGGU SAMBUNGAN UNTUK HARI SETERUSNYA..
 
Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 
.Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat

 

3 comments:

  1. assalamualaikum, susu tepung anak boleh bawa tak?
    thanks

    ReplyDelete
  2. wah blog nya seru kayaknyaa..
    ngomong2 saran aja buat temen2 yang mau ke melb sekarang bs pakai jasa tour guide lokal nih. cek aja blog nya di tourkotamelbourne.blogspot.com
    banyak yg belum tahu. dijamin 100% seru

    ReplyDelete
  3. Hai kalu pergi Melbourne dalam bulan October ... ada kh tempat yang boleh tengok banyak bunga... tolong bagi info ya... thnks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...