10.6.14

TRAVEL KE MELBOURNE, DAY 4



HARI KEEMPAT 21st October


Federation Square, Royal Botanic Garden
Hari ini hari untuk memulangkan kereta sewa...Rancangnya vacation kami akan berada sekitar Melbourne city sahaja.
Our travel hari ini berkisar sekitar city Melbourne menggunakan city tram aje la..First time try nak naik tram. Free city circle tram.So, naik jer.



Ok..setelah selesai semua, kami berhenti tram di Federation Square...Jalan-jalan sekitar Melbourne tourist center. Sempat singgah di tourist information center untuk dapatkan maklumat untuk plan percutian seterusnya.
Cuaca agak suam-suam sejuk..Rasanya sekitar 22-24 degrees celcius. Tapi masih sejuk disebabkan angin yang kuat.








Selepas selesai semua, kami bergerak ke Royal Botanic Garden sambil berjalan sepanjang Melbourne city untuk sampai ke taman. Beberapa jam berjalan di dalam kawasan taman, hujan turun dan si kecil comel molek pula buat adegan..Dia start poo poo sampai habis seluar. Dah takde seluar spare pulak..Sabar je la kan..Kalau semua perasan, dalam gambar itu sudah tidak berseluar. Selimut dengan jaket je..Ngeee...





First kitorang naik tram angkut dua stroller.Hehehehe...Nak dijadikan cerita, punya lipat stroller kat bawah, anak dengan isteri dah naik tram.Tetiba tram tutup pintu tinggalkan ayahnya..Yang anak menjerit dalam tram "Ibu, ayah tertinggal!" Mat Salleh dalam tram tercengang-cengang nasib baik anak cakap bahasa Melayu. Mula-mula panik juga apa nak buat ni???Dah la kat tempat orang. Handphone tak activate.Ok..ok..rileks...Otak sila rileks bertenang masa tu...Dalam hati, takpe-takpe...Lepas ini turun next stesen. Terus turun angkut 2 org anak..Dalam hati jangan la husband aku pergi mana-mana..Sememangnya suami saya seoarang yang bijak.Hehehe..Dia tunggu dalam keadaan muka cuak di tempat sama. Sebenarnya kalau saya ingat cerita ini balik, memang spontan saya akan terkekek-kekek ketawa sorang-sorang sampai hari ini. Sweet memory :)
Seterusnya berpatah balik ke stesen tram untuk pulang ke apartment. Hari itu kami cuma sempat berjalan-jalan sekitar Bandar Melbourne sahaja kerana 2 hari melakukan aktiviti yang agak berat.



 Ini pelabuhan Docklands berdekatan apartment kami..Berjalan kaki nak balik dari tram stesen...


TUNGGU SAMBUNGAN UNTUK HARI SETERUSNYA..
 
Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 
.Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...