17.6.14

GASTRIK MENYERANG DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum W.B.T
 
Didoakan semua berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t
 
Sebenarnya memandangkan Ramadhan sudah hampir menjelma, saya terima banyak persoalan tentang pencegahan gastrik di bulan Ramadhan.
 
Ada yang mengadu ayah gastrik teruk, jiran mak gastrik apabila berpuasa...Dan apa yang pasti ramai lagi individu yang mengalami masalah ini. Saya tidak pernah mengalami gastrik sejujurnya saya kurang memahami. Walau bagaimanapun, hasil daripada masalah-masalah pelanggan sebelum ini, saya yakin dapat membantu.
 
 
 
Tapi ramai yang ponteng puasa sebab katanya – ‘Gastrik’..eh..alasan.. Sebenarnya orang yang gastric boleh berpuasa seperti orang biasa kecuali yang sudah kronik.. Anda kenalah bangun untuk bersahur dan makan makanan yang tidak berlemak dan tidak berminyak kerana makanan tersebut akan menyebabkan anda cepat terasa lapar dan senak perut.

Seeloknya makan makanan yang seimbang dengan dimulakan dengan buah-buahan. Makan oat dan susu dan kurma juga sesuai untuk anda yang ada gastric dan cepat senak perut. Kalau tidak bersahur memanglah akan dapat gastric kan…
 


Sebelum tu, jom kita tengok, apa punca gastrik ni ye?

 Secara umumnya, ada beberapa punca utama gastrik:
 
1. Gemar mengambil makanan yang pedas - apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....


2. Asam / asam masin - Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

3. Makanan berlemak/ berminyak - Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Tekanan / Stress - Walaupun ia tidak dilihat 'berkadar terus', namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

 

5. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah).
 
6. Merokok dan banyak minuman keras
Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
 

7. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.

 

 
Tanda-tanda gastrik bila menyerang.

- Sakit perut (dibahagian atas perut).
- Senak, pedih ulu hati dan berangin.
- Rasa tidak selesa.
- Kembung, sendawa berulangkali dan kerap kentut selepas makan.
- Rasa loya dan muntah.
- Hilang selera makan.
- Berat badan turun (peringkat kronik)

Jika ulser perut menjadi kronik boleh menyebabkan pendarahan dan tandanya ialah

1) Najis berwarna hitam seperti tar.
2) Muntah mengandungi darah atau berwarna hitam.

Apa yang boleh anda lakukan mengelakkan gastrik di bulan puasa?
 
1. Elakkan bersahur atau berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak, berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu, burger, sosej, makanan bergoreng seperti nugget, kentang goreng dan sebagainya.

2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.
 
3. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat, gandum, muesli atau cornflakes sewaktu bersahur. Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.

4. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam dan waktu bersahur supaya perut anda tidak merembeskan lebih banyak asid.

5. Ambillah salah satu SET GASTRIK SHAKLEE yang bersesuaian dengan budget anda. Secara umumnya, Set-set Gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih sewaktu berpuasa. Set ini mengandungi:
 
 



ESP - Bersifat alkali yang boleh meneutralkan keasidan dalam perut.
- Membina sel2 baru bagi menggantikan sel2 lama yang telah dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

Ostematrix
- Digalakkan pengambilannya kerana kalsium bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut.

Peppermint Ginger Plus
- Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Boleh juga dijadikan air minuman herba semulajadi.
    



JOM TENGOK TESIMONI PENGGUNA



         Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 


Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat 

 





 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...