3.6.14

OMG! Belajar Rahsia Teknik Online Offline Marketing

Assalamualaikum,

Moga-moga kita semua berada di bawah lembayung Allah s.w.t

Syukur Alhamdulillah telah berjaya menghadirkan diri ke majlis ilmu di bawah anjuran Maria Firdaus pada 24 dan 25 Mei 2014 lepas.

Maria Firdaus telah berjaya telah menganjurkan SEMINAR EKSLUSIF untuk anak-anak didik mereka spesifik untuk topik Online Offline Marketing Genius (OMG) yang diadakan di F.I.T Centre Sdn Berhad bertempat di Batu Caves Selangor ini. Ia telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang dari susur galur di bawah Maria Firdaus.


Dewan yang memuatkan lebih kurang 100 orang peserta dilengkapi dengan projector dan sound system yang memuaskan. Selama 2 hari kami bakal menuntut ilmu di FIT Centre Batu Caves ini.

Matlamat Program

Seminar ini diadakan diadakan bertujuan untuk membongkar segala rahsia, tips marketing secara online dan offline yang membolehkan Maria Firdaus mencapai rank master dalam masa 9 bulan. Ia juga membongkar bagaimana mereka menjadi inspirasi kejayaan ramai orang serta mengubah kehidupan ramai orang dari segi rohani dan jasmani, mendekatkan diri kepada Allah.

Mereka mengajak lebih ramai untuk "upgrade" minda ke tahap yang lebih baik. Segala nikmat dan ilmu yang Allah berikan kepada mereka selama ini dirasakan "berdosa" jika tidak dikongsi bersama anak-anak didik mereka. Ingat, semua yang ada di muka bumi ini segalanya milik Allah.Termasuk ilmu yang kita ada, semuanya adalah hakmilik Allah. Sebarkanlah walaupun dengan sepotong ayat.

Mereka adalah individu yang sangat komited dalam mendidik anak-anak mereka di bawah susur galur ini. Mereka berusaha untuk mengubah hidup, menambah nilai hidup anak-anak didik mereka dari biasa-biasa ke luar biasa.

Peserta-peserta yang telah bersedia menimba ilmu dari master-master dari bidang masing-masing untuk berkongsi teknik-teknik dan strategi kejayaan marketing.


Setelah menyertai team ini saya rasa bersyukur sangat kerana telah banyak mengubah kehidupan saya terutama dari segi rohani. Terlalu banyak ilmu rohani sebelum ini yang saya mungkin tidak lakukan sekarang menjadi sebahagian dari amalan saya.Syukur Alhamdulillah..

Ringkasan di bawah adalah antara inti pati perjalanan sepanjang program diadakan.Program ini sememangnya happening!

Menyingkap Rahsia Kejayaan Master Maria Firdaus

Master Firdaus membongkarkan bagaimana mereka berjaya naik ke rank master selama 9 bulan. Master menceritakan titik-titik permulaan dan pengorbanan mereka jatuh bangun bagaimana beliau dan isteri Maria dapat mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini.

Hari ini, beliau mahu berkongsi segala pengalaman beliau dengan anak-anak Shaklee beliau supaya kami semua tidak "langgar dinding" iaitu melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dalam bisnes ini dengan mengetahui cara mudah berbisnes.



Master juga menekankan cara untuk 'Transform' hidup dari biasa-biasa ke luar biasa dengan cara menulis.
Beliau mengajar bagaimana dengan rahsia dengan menulis akan membantu seseorang berjaya dengan hanya menulis.

Tanpa menulis, segala yang ada di minda otak kita hanya lah angan-angan. Mulai belajar "transform" angan-angan kepada impian. Tulis 101 segala impian dan harapan apa yang ingin dicapai dunia akhirat. TULIS IMPIAN ANDA.


First Step To Transform Your life...

Segala cara untuk menulis telah diajar di dalam seminar ini dan anak-anak Shaklee Maria Firdaus ditekankan untuk MENULIS 101 IMPIAN atau sebanyak mana yang ada.

Master Your Bisnes - Maria

Sessi ini amat bermanfaat terutama kepada sesiapa yang baru menyertai Maria Firdaus group. Perkongsian lebih kepada teknikal di mana Maria menerangkan strategi bagaimana untuk bergerak dari satu rank ke rank yang lain. Pendedahan secara menyeluruh dan kefahaman bagaimana semua susur galur dapat mengatur strategi untuk naik rank.



Tips Buat Mereka Yang Baru Join - Ceq Siti Safwanah

Tidak dapat dinafikan, banyak perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak Shaklee di dalam susur galur Maria Firdaus terutama dari segi kerohanian. Maria Firdaus banyak menerapkan teknik menjemput rezeki secara rohaniah di mana bagaimana untuk menjadi magnet menarik kekayaan dan rezeki.



Perubahan ini memberi impak besar di dalam kehidupan kami semua sebagai seorang hamba Allah sehingga Ceq Siti Salwanah dan kami sangat terkesan dan sebak atas lorong-lorong yang diberikan kepada beliau melalui Maria Firdaus.

Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Affni Shahida



Sessi ini amat terkesan di hati saya.Saya berasa Masya Allah...Sebenarnya memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mendapat sesuatu kejayaan. Affni Shahida menceritakan suka duka beliau menguruskan rumahtangga, kerjaya dan Shaklee sehingga bangun 330 pagi setiap hari untuk mencapai cita-cita beliau dan akhirnya berjaya memegang pendapatan 5 angka dalam Shaklee. Ramai yang suka "komplen" tak cukup masa. Adni menasihatkan, "masa takkan dapat jika dicari, malah berilah masa nescaya pasti akan ada".



Jom Expert Blog Marketing SEO-Arham Zulkarnain




Perkongsian dari pakar internet. Beliau dijemput untuk berkongsi dalam topic FB Marketing. Para peserta difahamkan bagaimana melakukan perniagaan secara jika boleh 90% online sahaja kerana bilangan pengunjung ke ulimited jika dapat difokuskan bisnes secara online.

Jemputan penceramah ke kursus Maria Firdaus bukan calang-calang orang kerana master semestinya ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik di bawahnya iaitu kami semua.

Online Marketing - Master Firdaus.


Selain Arham, master Firdaus juga berkongsi strategi Online Marketing yang diaplikasi oleh beliau sendiri. Sangat merugikan sesiapa yang melakukan bisnes tetapi tidak menggunakan media social dan hanya bertumpu secara offline marketing kerana keberkesanannya sangat superb! Di sini master membuka mata what is so special about online marketing.


Leadership - Kam Haryatie


Seterusnya "Mommy" Shaklee atau upline saya diberi tanggungjawab untuk menyampaikan tajuk leadership di dalam program ini.



 
Saya mengagumi beliau bagaimana berjaya membawa anak didik secara beratus orang di bawah empayar beliau sehingga berjaya. Disebabkan sifatnya yang tak pernah puas memberi kepada anak didik beliau, beliau yang melakukan perniagaan Shaklee secara separuh masa telah berjaya mendapat pendapatan 5 angka dalam masa yang singkat. Kerjaya sebagai System Engineer yang menuntut beliau untuk memberikan komitmen 100% terhadap kerjaya tidak menghalang beliau untuk melakukan perniagaan Shaklee secara serius.Congratulations to mommy Kam  Haryatie because she'll soon become a working at home mom!

Beliau menegaskan,ramai yang tidak sedar sebenarnya setiap daripada kita adalah seorang leader. Semua manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang leader di dalam bisnes, prinsip asas berniaga mesti dipahat di dalam diri masing-masing. Bantu orang lain berjaya, anda terpaksa berjaya. Help enough people to get what they want, you will get what you want.

Selain daripada itu, beliau juga berkongsi strategi dan teknik bagaimana dapat menggenggam pendapatan 5 angka dalam masa yang singkat.

Hot Seat

Antara sessi yang ditunggu-tunggu hot seat session di mana perkongsian dari anak-anak didik empayar Maria Firdaus yang berjaya.

 
Kam Haryatie berkongsi perjalanan hidup dia bersama Shaklee bagaimana beliau dapat memegang pendapatan 5 angka dalam masa yang singkat
 
 
Syakila Kuzairi yang seorang pengajar yang komited dengan harapan dan cita-cita di dalam bisnes ini
 
 
 
Affni Shahida seorang yang tidak suka beralasan, banyak berkorban masa dan tenaga akhirnya meraih pendapatan 5 angka
 

 
Adni Harlina menceritakan kisah bagaimana dia berjaya transform kehidupan beliau dari biasa-biasa ke luar biasa

Untuk pengetahuan semua, Adni sebenarnya bermula dari seorang yang biasa-biasa, tidak minat dan tidak tahu berbisnes lalu tidak mengambil tahu langsung pasal bisnes sehingga jika ada kawan-kawan hendak membeli Shaklee Adni akan kenalkan seorang kawan pejabatnya walaupun beliau merupakan pengguna Shaklee dan sangat kagum dengan keberkesanan produk Shaklee.

Tidak lama selepas itu, beliau terjumpa empayar Maria Firdaus dan mula "mencuba" sahaja. Bermula dari mencuba, dengan tidak sengaja beliau "berjaya".

Akhirnya anda agak apa yang berlaku pada beliau selepas itu? Beliau sekarang akan berhenti kerja dan akan menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan Shaklee. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan bisnes Shaklee bersama-sama mentor yang telah membawa beliau sehingga ke tahap ini.

Beliau berkeyakinan kerana telah dapat melihat hala tuju beliau dan yakin dengan bisnes ini.

Officially, impian beliau untuk menjadi Working At Home Mom (WAHM) telah tercapai. Tahniah Adni!

Antara appreciation yang diberikan oleh master atas kejayaan anak-anak didik beliau yang berjaya


Business Games

Slot yang seterusnya ialah business games yang mana master telah membuka tawaran sesiapa yang ingin berurus niaga dengan beliau.

Permainan bermula dan masing-masing berebut untuk mendapatkan hadiah wang tunai melalui tawaran yang diberikan master

Sesi ini adalah urus niaga wang yang ditawarkan master dan dibuka kepada semua members on the floor.

Tawaran terakhir diberi di dalam bentuk sampul surat dan peserta tidak mengetahui berapakah hadiah yang master tawarkan

Master juga memberi hadiah berbentuk wang ringgit juga kepada mereka. Dilihat, games ini sangat simple. At the end of the game, memang sangat besar pengajaran yang kami semua dapat...Semua tersedar dan berfikir sejenak apa yang dicapai dan dilakukan selama ini dan terus membuka mata untuk terus berusaha.

Reward

Di awal program, master telah menawarkan pertandingan menulis inti pati program.

Individu yang berjaya menulis "point" yang paling banyak akan menerima ganjaran daripada master Firdaus.Dan, pemenangnya ialah Syazwina.



Nak tahu apa ganjaran yang diterima Syazwina? Beliau telah mendapat tiket seminar IMKK Dr Azizan Osman secara percuma dari master. Harga di luar bagi tiket program ini mencecah RM997 dan master bermurah hati memberi hadiah ini secara percuma kerana niat beliau ialah untuk merubah hidup kami semua dari biasa ke luar biasa!
 
Secret project of Maria Firdaus

Di akhir program master telah berkongsi beberapa secret project under Maria Firdaus yang saya rasakan sangat superb! Apa yang diperlukan ialah komitmen dari ahli Maria Firdaus dan saya rasakan Masya Allah...rugi sangat-sangat jika terlepas peluang ini.

Beliau membantu dan berpegang teguh kepada amanat gurunya Dr Azizan Osman untuk beliau berjaya selama ini.

"Help Enough People To Get What They Want, And You Will Get What You Want"
 
Suasana Di Sekitar Program 
 
Suka saya berkongsi sekitar program berlangsung, sememangnya sangat-sangat happening. Terasa jalinan ukhwah sesama kami terjalin lebih rapat, mengenali satu sama lain lebih dekat. Semangat membantu satu sama lain juga lebih kuat.
 
Alhamdulillah rezeki we all hari ini..Selain menuntut ilmu jangan bimbang makanan juga disediakan


Sedap tau ayam ni! Sampai ada orang bertambah..Hehehehe..
 
Makan..sila sila makan...Dah sedut banyak ilmu tadi kan..Otak penat
 

Enerygy yang diberi membuat orang sekeliling merasakan energy yang sama untuk berjaya
 

Komunikasi bersama audience menghidupkan lagi program pada hari ini
 

 Sebahagian dari peserta Cabaran Lose Weight Program target sebelum raya.Korang memang happening la!
 
Pasangan suami isteri yang always awesome!
 

 Anak-anak juga tidak ketinggalan memberi sokongan.Memang terbaik la dik!
 
 
 
Kalau join bisnes Shaklee keluarga dan anak-anak adalah part of us! Program sangat digalakkan bersama anak-anak dan keluarga.Amacam?
 
 
 Walaupun kualiti gambar tak berapa ok..Nak jugak letak pic sendiri dengan kawan-kawan yang always keep the positif energy! :D
 
 

 

Maria Firdaus Millionaires in Shaklee
THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA


Berminat menyertai The Most Happening Shaklee Group in Malaysia?

Jom sama-sama transform hidup dari biasa-biasa ke luar biasa, sertai keluarga kami dan dengan matlamat dan kesungguhan yang jelas, anda juga pasti boleh berjaya!

Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail:
mummynoras@gmail.com / noraz1213@yahoo.com
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com 



Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

2 comments:

  1. wow!memang hebat motivasi sebegini ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...Harap dapat memberi inspirasi pada yang lain..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...