18.6.14

BERHENTI MEROKOK APABILA NAFAS TERHENTI

Assalamualaikum W.B.T
 
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T
 
 
Hari ini terpanggil hendak menulis tentang merokok, iaitu cara hendak berhenti merokok.
 
Rasanya merokok sudah seperti menjadi budaya..Yang mana budaya tidak sihat..
 
Maaf jika ayat ini sedikit menyentuh sensitiviti terutama penggemar-penggemar rokok. Tambah lagi sikit...Penggemar-penggemar rokok tegar.
 
Serius saya cakap...Saya sangat benci pada rokok..Saya bukan benci pada orang yang merokok atau pelakunya..
 
TAPI..
 
Saya benci pada rokok itu sendiri. Jangan salah faham yer...Hik hik. Sebabnya saya benci..
Lagi pun merokok kan difatwakan HARAM


 
 
Harga rokok sekotak RM12..Betul ke? Saya google baca-baca je...Belum pernah pergi beli rokok.Hehehe..Walau berapa pun harganya..Tetap suatu pembaziran..Betul ke betul?
 
Sebab apa saya cakap pembaziran? Pernah kawan saya cakap rokok itu tahan 2 hari sahaja.
 
Kalau sebulan bukan dah RM200!
 
Bagi saya, nilai RM200 sangat besar terutama kepada sesiapa yang berkeluarga..ada anak-anak..Bayangkan RM200 itu bayarkan belanja sekolah anak-anak ke..Petrol kereta ke..Paling tidak belanja wife pergi SPA dapat juga melawa untuk suami kan? Kalau merokok si isteri pun tak lalu nak telan asap rokok.Ooops!
 
Jangan terkejut.pasif smokers atau orang yang menghidu rokok akan mendapat  kesan lagi teruk.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Tahukah Anda? Ini maklumat penting untuk perokok-perokok.
 

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :


- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Sekiranya yang saya senaraikan di atas ialah bahaya kepada pasif smokers atau orang yang menghidu asap rokok.. Saudara saudari fkir-fikirkan lah kesan pada diri sendiri.







Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
 

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.







Amalan untuk berhenti merokok

Mungkin 10 amalan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan dan seterusnya berhenti :-


Lengahkan

Jika ada rasa mahu ‘pekena sebatang’ lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.


Tolak Konsep ‘Cukuplah Sebatang’

Jangan terperdaya dengan ‘cukuplah sebatang’. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.


Elakkan Punca Merokok

Kenali apa punca merokok. Contohnya semasa bersama dengan kawan-kawan, menghadapi tekanan atau selepas makan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, cuba elakkan untuk melepak terlalu lama. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa hendak merokok, ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

Bersenam

Ya, cara berhenti merokok ini sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.


Belajar Untuk Bertenang

Tekanan adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih ‘cool’ dan lebih bijak dalam berdepan dengan tekanan. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik ‘deep breathing’ (dua saat tarik nafas- empat saat tahan- lapan saat hembus nafas keluar). Atau, bayangkanlah sesuatu yang membuatkan anda rasa sejuk.


Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan

Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok, beritahu mereka. Sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang sudah tak mahu merokok. Paling efektif ialah beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

lngatlah Kebaikan Tidak Merokok

Buat senarai atau sebutkan kebaikan yang akan dapat jika tidak merokok. Sebagai contoh, isteri semakin menyayangi anda dan bagi yang sudah berkeluarga, anak-anak akan bertambah sihat. Bagi pemuda pula, anda akan semakin awet muda serta nafas akan berbau harum. Jadi, jika yang masih belum berkahwin pasti akan memudahkan anda berkomunakasi dengan wanita. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

‘Go Online’

Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan hendak merokok. “Brader, you are not alone”.

Mengunyah

Jika rasa hendak merokok, kunyah adalah cara untuk anda berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.


Sibukkan diri anda setelah makan

Banyak perokok yang setelah makan mereka akan memilih untuk menghisap rokok. Namun jika anda sudah memutuskan anda harus benar-benar berhenti, caranya mudah iaitu selepas selesai menjamu selera cepat-cepat menggosok gigi atau melakukan sesuatu perkara seperti berjalan bagi melupakan keinginan anda untuk merokok setelah makan. Meskipun agak berat jika anda lakukan secara rutin tetapi anda akan biasa apabila setiap hari anda mengulangi perbuatan yang sama.

Atau..

Percubaan untuk berhenti di atas menemi jalan buntu, boleh lah mencuba supplement Shaklee Vivix...





 
Belajarlah berhenti merokok sekarang jangan sampai keluar kata-kata di bawah



MAAF SAHABATKU!
BERHENTI SENDIRI ITU AKAN BERLAKU DI SAAT NAFAS ANDA TERHENTI SENDIRI (MATI!)
 
         Tel/Whatsapp:019-6245066

E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 

Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat 
 

1 comment:

  1. The first casino to go live with virtual reality - KTNV
    A 천안 출장안마 virtual reality headset 공주 출장샵 (VR) is a virtual reality system that 제주 출장안마 enables users to experience 사천 출장마사지 the events of their own play in 구리 출장샵 real-time.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...