22.4.14

PAVLOVA DEALOVA

Assalamualaikum w.b.t

Sharing hari ini adalah untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan.

Memandangkan kawan-kawan ada request apa resepi pavlova ni..Saya masukkan dalam blog la yerr...Susah nak explain few people untuk lain-lain tempat kan..

Actually pavlova ni nak buat nya bukan la susah mana..Cuma..ade cerewet sket jeee..Silap sikit hancus la segala..Jangan bimbang..practice makes perfect..Belajar..belajar dan belajar..

Sama juga pada saya...Beberapa kali saya buat gagal...Mesti lembik! Lama-lama kaji dan kaji dan kaji..Rupa-rupanya suhu tak ngam bile bakar..

Bahan-bahan sangat simple! Sila rujuk di bawah.

Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur gred A             

  • 1 cwn gula pasir/gula castor
  • 2 s/mkn tepung jagung
  • 1 s/t cuka mkn (saya ambil salah satu..sama ada perasa oren atau cuka makan..pon boleh..)             
  • 1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
             
  • Topping:

  • 1 cawan fresh cream ( Rich, Value - non diary, jangan pakai whipped cream yang dairy tu..kalau boleh cari Rich brand non-dairy..kedai jual barang baking selalu ade jual)
  • Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

Cara-cara

  1. Pukul putih telur smpi berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul smpi soft peak / bertanduk. Bertanduk tu kalau dah betul-betul ok angkat mangkuk adunan tu..terbalikkan kira sampai 10 tak tumpah..haaa..maksudnya ok la tu.
               
 
 
 

 
  1. Masukkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe 
               

 
  1. Pukul lagi adunan tadi sampai sebati. Setelah sebati masukkan cuka makan atau esen oren. Pukul lagi sampai sebati.

               
 
  1. Panaskan oven 15-20 min awal pd suhu 170©
  2. Pada dulang pembakar, letakkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9.Yang dalam resepi saya pakai cup sebab nak buat kecil-kecil, comel-comel :)      
 
       
 3. Tuangkan adunan pavlova & masakkan dlm oven. Bakar selama 45-50 mins dengan suhu 170©   

 

            
4. Selepas masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. Kemudian boleh lah di topping kan ngan fresh cream dan buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi dan anggur.               
 
5. Untuk topping: pukul fresh cream sampi soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yg telah sejuk.Hiaskan dgn hirisan fresh fruits tadi dengan kreaviti anda.     
 
           
 
Dah la...boleh la makan..Fresh cream tuu..perghhh!
 
Antara perkara yang perlu dielak semasa membuat pavlova (part ni yang dikatakan leceh tadi)
 
  • Pastikan semasa asingkan putih telur dengan kuning telur, jangan ada sikit pun kuning telur tercampur dala putih telur.
  • Pekakasan dapur pastikan kering betul-betul, tiada kesan minyak atau tercampur apa-apa bendasing.
  • Semasa putar gula pastikan gule betul-betul hancur dan teradun dalam puth telur. Cara nak tau, dah siap putar, rasa dengan tangan.Kalau masih rasa kesat-kesat tu maksudnya belum adun dan hancur betul gula.
 
Selamat mencuba ye kawan-kawan...Terlebih terkurang ampun maaf..Sila la feedback dah lepas buat ;)
 
 
Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.
 
 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...