4.6.14

ISTIQAMAH

Assalamualaikum w.b.t

Semoga kita semua di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

Sekadar ingin berkongsi sifat istiqamah yang diharap kita semua memilikinya.In Shaa Allah..

Istiqamah… konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.

Begitu sekali sukarnya untuk konsisten?

Tentu sahaja. Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. Allah…!


Istiqamah memang susah untuk sentiasa diteruskan tetapi mesti juga terus mencuba.

Allah akan memberikan malaikat sebagai teman untuk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanya bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan membisikkan di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akn mndapat kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di dunia kerana Allah akan menjaganya.
 
Malaikat akan menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

 

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang Islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkan syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorang akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" Adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dengan kita?
 
Bila jiwa yg suka pada kebaikan yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.


Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentangan syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.



Apa itu kerana Allah?
 
Syarat utk ibadah itu diterima:


 1. Ikhlas
 2. Mengikut syariat
 


Sebarang amalan kena ikut syariat.Contoh mkn kena ikhlas.Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak?Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.


Dan makan tadi mestilah dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam Islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan.

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali Al-Fatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitam pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nak tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.




Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segala larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningkatkan keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendekatkan diri dgn Allah, mesti tinggalkan segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendekatkan diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.




 Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah... segala kekurangan dari diri saya...
 
Intipati tazkirah dari ustaz Farid Ariffin


Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...