23.6.14

AJAK ANAK-ANAK BERPUASA

Assalamualaikum W.B.T

Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t selalu..


Alhamdulillah tidak lama lagi, hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja kita akan menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan di mana bulan yang kita boleh kutip sebanyak mana pahala untuk bertarawih, tadarus, qiamulail dan segala amalan akan dilipat gandakan pahalanya.






Semua sudah bersedia nak berpuasa ke?. Yang gastrik, anak-anak yang baru nak mula nak belajar berpuasa tu jangan risau. Shaklee juga mempunyai set gastrik khusus untuk individu yang mempunya masalah gastrik di bulan Ramadhan.

 Dengan Set Berpuasa Shaklee anda pasti kekal cergas dan bertenaga sampai petang. Insyaallah dengan Izin-Nya.
 
Selain itu, ibu mengandung dan menyusu juga In Shaa Allah boleh mengamalkan set ini untuk melengkapkan puasa mereka.



 
Alhamdulillah sepanjang dua kali kehamilan saya yang lepas, saya berpeluang menempuh Ramadhan. Anak pertama di awal trimester, manakal anak kedua di akhir trimester.
 
Syukur kedua-dua dapat saya habiskan puasa tanpa meninggalkan puasa.

 
Bagi ibu-ibu yang menyusu takut susu merudum pun jangan risau. Set berpuasa shaklee juga sangat membantu dalam mengurangkan masalah penurunan penghasilan susu semasa berpuasa nanti.

Apa dia ye Set Berpuasa Shaklee yang femes sangat dan meletup-letup ni.

Aha..Inilah dia kita panggil Mighty Tripple Gem atau Mighty 3pple Gem atau Set Berpuasa Shaklee atau jugak set tambah susu bagi ibu -ibu yang tak boleh telan tablet. Haihh..banyaknya boleh gunakan. Multipurpose.hehe..




Tapi. Abang-abang, pakcik-pakcik, encik-encik atau Cik adik manis yang tak kawin lagi atau tak menyusukan bayi janganla korang risau takut susu badan keluar dari payudara korang pulak. 100% pasti  susu badan takkan keluar. Sebab korang tak de hormon susu ibu macamana nak ada. Cuma orang yang mengandung dan baru melahirkan bayi je ada susu ibu dok mengalir..


Ok. Set Berpuasa Shaklee Atau Mighty Tripple Gem terdiri daripada Meal Shake Shaklee, Performance Drink dan ESP Shaklee
 

Kelebihan Set Berpuasa Shaklee

 

1. MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.

2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.



Saya doakan moga kita mendapat barakah dan mengutip sebanyak mana pahala dengan amalan-amalan berfaedah di bulan Ramadahan ini.

 

 Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 


Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat 

 

18.6.14

BERHENTI MEROKOK APABILA NAFAS TERHENTI

Assalamualaikum W.B.T
 
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah S.W.T
 
 
Hari ini terpanggil hendak menulis tentang merokok, iaitu cara hendak berhenti merokok.
 
Rasanya merokok sudah seperti menjadi budaya..Yang mana budaya tidak sihat..
 
Maaf jika ayat ini sedikit menyentuh sensitiviti terutama penggemar-penggemar rokok. Tambah lagi sikit...Penggemar-penggemar rokok tegar.
 
Serius saya cakap...Saya sangat benci pada rokok..Saya bukan benci pada orang yang merokok atau pelakunya..
 
TAPI..
 
Saya benci pada rokok itu sendiri. Jangan salah faham yer...Hik hik. Sebabnya saya benci..
Lagi pun merokok kan difatwakan HARAM


 
 
Harga rokok sekotak RM12..Betul ke? Saya google baca-baca je...Belum pernah pergi beli rokok.Hehehe..Walau berapa pun harganya..Tetap suatu pembaziran..Betul ke betul?
 
Sebab apa saya cakap pembaziran? Pernah kawan saya cakap rokok itu tahan 2 hari sahaja.
 
Kalau sebulan bukan dah RM200!
 
Bagi saya, nilai RM200 sangat besar terutama kepada sesiapa yang berkeluarga..ada anak-anak..Bayangkan RM200 itu bayarkan belanja sekolah anak-anak ke..Petrol kereta ke..Paling tidak belanja wife pergi SPA dapat juga melawa untuk suami kan? Kalau merokok si isteri pun tak lalu nak telan asap rokok.Ooops!
 
Jangan terkejut.pasif smokers atau orang yang menghidu rokok akan mendapat  kesan lagi teruk.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Tahukah Anda? Ini maklumat penting untuk perokok-perokok.
 

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :


- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Sekiranya yang saya senaraikan di atas ialah bahaya kepada pasif smokers atau orang yang menghidu asap rokok.. Saudara saudari fkir-fikirkan lah kesan pada diri sendiri.







Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
 

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.







Amalan untuk berhenti merokok

Mungkin 10 amalan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan dan seterusnya berhenti :-


Lengahkan

Jika ada rasa mahu ‘pekena sebatang’ lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.


Tolak Konsep ‘Cukuplah Sebatang’

Jangan terperdaya dengan ‘cukuplah sebatang’. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.


Elakkan Punca Merokok

Kenali apa punca merokok. Contohnya semasa bersama dengan kawan-kawan, menghadapi tekanan atau selepas makan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, cuba elakkan untuk melepak terlalu lama. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa hendak merokok, ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

Bersenam

Ya, cara berhenti merokok ini sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.


Belajar Untuk Bertenang

Tekanan adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih ‘cool’ dan lebih bijak dalam berdepan dengan tekanan. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik ‘deep breathing’ (dua saat tarik nafas- empat saat tahan- lapan saat hembus nafas keluar). Atau, bayangkanlah sesuatu yang membuatkan anda rasa sejuk.


Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan

Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok, beritahu mereka. Sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang sudah tak mahu merokok. Paling efektif ialah beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

lngatlah Kebaikan Tidak Merokok

Buat senarai atau sebutkan kebaikan yang akan dapat jika tidak merokok. Sebagai contoh, isteri semakin menyayangi anda dan bagi yang sudah berkeluarga, anak-anak akan bertambah sihat. Bagi pemuda pula, anda akan semakin awet muda serta nafas akan berbau harum. Jadi, jika yang masih belum berkahwin pasti akan memudahkan anda berkomunakasi dengan wanita. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

‘Go Online’

Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan hendak merokok. “Brader, you are not alone”.

Mengunyah

Jika rasa hendak merokok, kunyah adalah cara untuk anda berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.


Sibukkan diri anda setelah makan

Banyak perokok yang setelah makan mereka akan memilih untuk menghisap rokok. Namun jika anda sudah memutuskan anda harus benar-benar berhenti, caranya mudah iaitu selepas selesai menjamu selera cepat-cepat menggosok gigi atau melakukan sesuatu perkara seperti berjalan bagi melupakan keinginan anda untuk merokok setelah makan. Meskipun agak berat jika anda lakukan secara rutin tetapi anda akan biasa apabila setiap hari anda mengulangi perbuatan yang sama.

Atau..

Percubaan untuk berhenti di atas menemi jalan buntu, boleh lah mencuba supplement Shaklee Vivix...





 
Belajarlah berhenti merokok sekarang jangan sampai keluar kata-kata di bawah



MAAF SAHABATKU!
BERHENTI SENDIRI ITU AKAN BERLAKU DI SAAT NAFAS ANDA TERHENTI SENDIRI (MATI!)
 
         Tel/Whatsapp:019-6245066

E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 

Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat 
 

17.6.14

GASTRIK MENYERANG DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum W.B.T
 
Didoakan semua berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t
 
Sebenarnya memandangkan Ramadhan sudah hampir menjelma, saya terima banyak persoalan tentang pencegahan gastrik di bulan Ramadhan.
 
Ada yang mengadu ayah gastrik teruk, jiran mak gastrik apabila berpuasa...Dan apa yang pasti ramai lagi individu yang mengalami masalah ini. Saya tidak pernah mengalami gastrik sejujurnya saya kurang memahami. Walau bagaimanapun, hasil daripada masalah-masalah pelanggan sebelum ini, saya yakin dapat membantu.
 
 
 
Tapi ramai yang ponteng puasa sebab katanya – ‘Gastrik’..eh..alasan.. Sebenarnya orang yang gastric boleh berpuasa seperti orang biasa kecuali yang sudah kronik.. Anda kenalah bangun untuk bersahur dan makan makanan yang tidak berlemak dan tidak berminyak kerana makanan tersebut akan menyebabkan anda cepat terasa lapar dan senak perut.

Seeloknya makan makanan yang seimbang dengan dimulakan dengan buah-buahan. Makan oat dan susu dan kurma juga sesuai untuk anda yang ada gastric dan cepat senak perut. Kalau tidak bersahur memanglah akan dapat gastric kan…
 


Sebelum tu, jom kita tengok, apa punca gastrik ni ye?

 Secara umumnya, ada beberapa punca utama gastrik:
 
1. Gemar mengambil makanan yang pedas - apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....


2. Asam / asam masin - Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

3. Makanan berlemak/ berminyak - Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Tekanan / Stress - Walaupun ia tidak dilihat 'berkadar terus', namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

 

5. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah).
 
6. Merokok dan banyak minuman keras
Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
 

7. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.

 

 
Tanda-tanda gastrik bila menyerang.

- Sakit perut (dibahagian atas perut).
- Senak, pedih ulu hati dan berangin.
- Rasa tidak selesa.
- Kembung, sendawa berulangkali dan kerap kentut selepas makan.
- Rasa loya dan muntah.
- Hilang selera makan.
- Berat badan turun (peringkat kronik)

Jika ulser perut menjadi kronik boleh menyebabkan pendarahan dan tandanya ialah

1) Najis berwarna hitam seperti tar.
2) Muntah mengandungi darah atau berwarna hitam.

Apa yang boleh anda lakukan mengelakkan gastrik di bulan puasa?
 
1. Elakkan bersahur atau berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak, berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu, burger, sosej, makanan bergoreng seperti nugget, kentang goreng dan sebagainya.

2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.
 
3. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat, gandum, muesli atau cornflakes sewaktu bersahur. Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.

4. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam dan waktu bersahur supaya perut anda tidak merembeskan lebih banyak asid.

5. Ambillah salah satu SET GASTRIK SHAKLEE yang bersesuaian dengan budget anda. Secara umumnya, Set-set Gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih sewaktu berpuasa. Set ini mengandungi:
 
 



ESP - Bersifat alkali yang boleh meneutralkan keasidan dalam perut.
- Membina sel2 baru bagi menggantikan sel2 lama yang telah dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

Ostematrix
- Digalakkan pengambilannya kerana kalsium bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut.

Peppermint Ginger Plus
- Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Boleh juga dijadikan air minuman herba semulajadi.
    



JOM TENGOK TESIMONI PENGGUNA



         Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 


Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat 

 





 










16.6.14

CARA MEMBUAT MASKER VITAMIN E

Assalamualaikum W.B.T

Semoga berada di dalam lembayung rahmat Allah s.w.t

Resepi yang ingin dikongsikan di sini nampak seperti main masak-masak pula kan? Semalam dah cuba buat resepi ni.Sebelum ini saya ada berkongsi rahsia kulit cantik sihat.
Boleh layari bagaimana mendapat kulit sihat cantik.


Memang terbaik! Muka menjadi tegang..licin..segar! Apa kena-mengena dengan muka pula kan?

Sebenarnya kali ini saya nak berkongsi cara nak buat masker dari Vitamin E dan ESP. Mesti ramai tak tahu kan, selain boleh makan Vitamin E dengan Energizing Soy Protein (ESP), kedua-dua ini sangat lah bagus untuk dibuat masker.


Kenapa kena pakai masker? Makan je tak cukup ke?

Selain mencuci muka, memakai toner dan skrub muka, masker juga penting sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Masker penting untuk kulit kita untuk membuang sel kulit mati .. melambatkan proses penuaan , antioxidant .

Penjagaan kesihatan sepatutnya datang secara dalaman dan luaran untuk mendapatkan kesan maksimum.


Bahan-bahan untuk masker Vitamin E dan ESP Shaklee.

1 sudu besar Energising Soy Protein (ESP)
1 capsule Vitamin E Complex
1 sudu Kecil Natural Yogurt

Cara nak adunkan masker ini sangat mudah. Cucukkan vitamin E dalam capsule dalam campuran tadi. Adunkan semua tambah sedikit air ke dalam adunan masker.

Selepas itu boleh disapu rata ke seluruh muka.Biarkan kering selama 20-30 minit.

Sesudah kering boleh la dibasuh dan rasakan la kulit yg tegang, segar..gebu..





Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat masker Vitamin E bersama ESP





 
Testimoni sendiri di mana saya dah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee selama 2 bulan bersama masker.
 
 
 
 
Saya mempunyai masalah kulit muka yang tidak sekata, kusam, bintik-bintik hitam, parut dan dark circle yang agak teruk.Setelah beberapa bulan mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee, saya dapati beberapa perubahan pada kulit muka saya.
 
  • Kulit nampak segar, sihat kemerah-merahan
  • Parut yang makin hilang
  • Bintik-bintik hitam yang makin berkurang
  • Dark circle di mata yang kurang lebam
 
 
Jadi, saya amat menggalakkan anda mencuba set kecantikan kulit bersama masker ini dengan istiqamah.
 
In Shaa Allah kulit muka akan bertanbah segar, cantik dan ceria.
 
 
Jangan lupa mencuba. Sekiranya perlukan sebarang maklumat jangan lupa hubungi saya.
 
Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 
 
 
.Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat
 
 

11.6.14

KISAH KULIT KUSAM..GELAP TIADA LAGI!

Assalamualaikum w.b.t

Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t..

Entri kali ini nak cerita pasal adik manis seorang ini la...Anak buah kesayangan ni..Hehehehe..


Bulan lepas di pagi-pagi hari saya menerima Whatsapp bunyinya lebih kurang macam ni...

"Mak Teh, kulit kami kusam, jeragat la..Nak pakai apa ek?" Orang belah utara kalau kami tu maksudnya 'saya' la..Hahahaha..Kadang-kadang depa sebut 'chek'. Bahasa manja kan...

Sekarang bercuti setelah habis diploma, bekerja sementara..Sementara nak sambung degree..Harapan mahu kejar cita-cita menjadi pendidik...Alhamdulillah...Besar reward dari Allah s.w.t sekiranya niat kita ikhlas murni...Sikit-sikit je puji adik manis ni, nanti kembang terlebih...Hehehehe.

Umur baru 20 kan, dah ada jeragat.Ingat Mak Teh dia yang 3 series ini je ada jeragat..pigmentation semua..Haa...Tengok-tengok umur 20 pun ada pigmentasi..jeragat..

Sekarang bukan faktor umur sahaja masalah kesihatan boleh wujud, tetapi persekitaran, cuaca, pemakanan, gaya hidup boleh mencabar tahap kesihatan seseorang individu itu.


Alhamdulillah umur 20an sudah pandai mencegah masalah kesihatan yang wujud. Apa lagi yang umur 30an? 40an? 50an? 60 an? dan seterusnya...

Sebenarnya sekarang seumur bayi lagi ibu bapa patut menyediakan keperluan pemakanan yang seimbang.Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti kurang berat badan, obesiti dan anemia.


Berbalik kepada cerita tadi...

Lepas dah bagi tahu set kulit cantik jelita ni..Dia tanya lagi, berapa harga? Berapa lama boleh tahan? Sekian harga dengan penggunaan yang boleh bertahan 4 ke 6 bulan..Jika dilihat dari harga permulaan memang kelihatan mahal..Tapi bila dihitung,wow! Kira-kira tambah tolak,campur darab...Memang paling murah di pasaran la!

Haa..Siapa cakap supplement Shaklee mahal? Orang cakap..Tak kenal maka tak cinta...
Natural supplement yang sudah diperakui ramai..dijalankan ujian secara klinikal...terbukti di serata dunia...




Jennifer Lopez dan Vitamin E.Vote for Vitamin E Complex!


 



Obama menggunakan pencuci Shaklee H2 Organic Super Concentrated Cleaner disebabkan kandungan natural yang sesuai untuk anaknya yang menghidap asma.
 
 
Supplement Shaklee tidak mengandungi bahan kimia..Rata-rata supplement di luar sana ialah sintetik vitamin. Saya pasti ramai yang tidak memahami perbezaan sintetik vitamin dan natural vitamin. Sekiranya mereka mengetahui apakah chemical yang terdapat dalam sintetik vitamin, saya pasti ramai akan berfikir berkali-kali untuk mengambil vitamin ini.

 Natural vs. Sintetik



Saya mengesyorkan pada pelanggan tadi merangkap anak buah kesayangan set kulit Shaklee. Dua minggu lepas berpeluang bertemu di sebuah kenduri kahwin. Wow! Nampak kulit glowing, flawless, dah kurang jeragat dan paling ketara memang lagi cerah. Tengah panas pun kurang berminyak.

Sebelum ini pergi kelas berpanas, balik study penat tak menjaga muka..Kusam je...Menurutnya juga, sebelum pengambilan supplement, dia ada mengambil skin care krim tapi memang kurang berkesan. Saya bersetuju perawatan sebenar kulit kita patut bermula dari dalam untuk memastikan penghasilan nutrisi yang cukup untuk menampung kekurangan kulit kita.


Sebulan sebelum dan selepas menggunakan set kulit Shaklee
Gambar ini dihantar dua hari lepas. Wow! Lepas tengok gambar ni terus saya reply whatsapp "Kelas ko Jah!" Haahahaha..Suka bergurau dengan ala-ala bahasa muda remaja ni dengan budak-budak ni..Lepas itu minta permission dulu nak buat testimonial ni.. Dia jawab "macam comel je.macam comel je.." Macam-macam la budak-budak ni..Lepas minta izin..

Nak tau apa jawapan dia.."Mak Teh, lepas ni terlajak laris la kami..hehehehhe". Boleh buka borang permohonan lepas ni. Nanti saya invite boyfriend dia baca entri ni.Hahahahaha..

Tenyata, kulit muka bertambah cantik..flawless..segar...cantik...makin comel la senang cerita!

 
Si pelaku ialah yang berseri-seri di tengah berkuasa terhadap monopod


Nak tahu selanjutnya tentang set kulit Shaklee?



Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
 
Bulan ini promo Vitamin E beli 6 percuma 1! Beli kongsi dengan kawan-kawan, adik,kakak,abang,ibu, makcik...ramai-ramai lagi la!
 
Rugi bulan ni je tau!
 
 
 
Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail: noraz1213@yahoo.com /
mummynoras@gmail.com 
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 

.Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat
 
 
 
 
 




 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...