23.3.14

ESP Datang Lagi!

Assalamualaikum w.b.t

Ramainya yang tertanya-tanya saya apa tu ESP?



Apsal ESP ni HOT sangat?

Tanya ibu-ibu yang menyusu semua cakap susah nak explain, kena rasa sendiri. Ramai giler yang jatuh cinta dengan ESP.

APAKAH ESP - ENERGISING SOY PROTEIN ISOLATE POWDER?

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee telah diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (Non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

•Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

•Ia diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

•Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

•Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 - nilai ini menunjukkan ESP sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

•1 hidangan bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh

•Setiap 850g (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan berjam-jam lamanya.


KHASIAT DAN KEBAIKAN UTAMA:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada asid amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita.

Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan.

Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak.

Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan prostat.
5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak.
ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain.

Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Di samping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan.
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Ingat yer, soya dari sumber GMO memberi risiko penyakit berkaitan KANSER DAN ALLERGY. Hihi, saje bagi ayat penutup yg menakutkan. Lepas ni sila check label tin soy protein masing-masing, GMO or Non-GMO? :)
 

Tel/Whatsapp:019-6245066
E-mail:
mummynoras@gmail.com / noraz1213@yahoo.com
FB: Noraz Abdul Aziz
FB page: Mummy Noras Centre

http://www.mummynoras.blogspot.com
 
 
Jika anda suka dengan perkongsian di dalam entry ini, sila tekan LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...