13.3.14

I FALL IN LOVE WITH YOU!

Assalamualaikum,


Syukur ke hadrat Allah diberi peluang menulis. Alasannya sebab blog dah direka lama tapi masih berkepam tunggu idea.I fall in love with you! Jom! Kisah-kisah jatuh cinta..Nak tau jom baca.Romantik gituuuu...


Sebagai mengisi masa sebagai working at home mum bersama cita-cita mengisi sesuatu yang masih lompang dan kosong dalam hidup. Kedudukan sebagai seorang profesional IT setelah hampir 7 tahun bekerja dengan beberapa syarikat multi nasional terkenal sememangnya banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga bagi saya. Boleh saya katakan jatuh bangun dalam karier bermula dari sini. Dari sini, saya belajar menjadi manusia yang lebih tabah dan cekal menghargai kehidupan serta melihat kehidupan dari aspek yang berbeza, mendekati pencipta bagaimana aturan Nya sememangnya aturan yang terbaik terhadap manusia.


Dari jatuh bangun ini, saya belajar melihat kehidupan dari aspek yang berbeza. Setelah lama berkhidmat,saya selalu berfikir, adakah ini yang aku mahukan dalam hidup? Happy ke aku?


Banyak yang masing kosong walaupun gaji dan tahap boleh dikatakan dalam "comfort zone". Betul apa yang selalu kita dengar, don't be inside your comfort zone.


Alhamdulillah, syukur ditemukan kepada CINTA HATI Shaklee secara tidak langsung sebenarnya.Sebelum ni dengar-dengar je pasal Shaklee. Bermula apabila kakak kenalkan vitamin-vitamin Shaklee terutama untuk anak-anak. Si abang memang sangat-sangat ada masalah nak makan masa kecil. Selepas ada improvement happy la! Yeayy!!I started falling in love with you!


Selepas itu bermula dengan pengambilan Vitamin C,E..Hmm..agak memberangsangkan! Bermula belajar sikit-sikit pasal produk Shaklee.Kalau tak percaya, cuba! Memang nak kurus boleh..Untuk memperbaiki kulit bagus..In Shaa Allah kalau kita yakin dan istiqamah mesti berjaya.


Yang penting,produk makanan tambahan Shaklee bukan ubat kurus ke, ubat nak bagi sihat demam ke..It's a supplement untuk membantu kekurangan secara semulajadi mengikut fungsi tubuh badan kita.


Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pemakan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.


Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian.


Pengambilan makanan tambahan sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal, iaitu ketika masih kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, mereka turut mewarisi pemakanan tidak seimbang dalam keluarga dan perlu diteruskan sehingga tua. Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana mangalami masalah kesihatan.So..DON'T BE TOO LATE!


OK, Sedikit tentang Shaklee atau makanan tambahan. Selepas ini banyak lagi entry pasal produk Shaklee ;)


Walaupun baru terhegeh-hegeh memulakan Shaklee, pada bulan pertama join dah dapat bonus. I fall in love again with you!Asalnya membeli dan untuk keperluan sendiri sahaja. Selepas itu ajak-ajak ahli keluarga, kawan-kawan..Ermm..not bad! Maksudnya, sesaja buat suka-suka,main ajak-ajak ayam je.Faham ke ajak-ajak ayam tu ape? Tak faham tanya Mr Google. Hehehhee..Boleh rujuk kamus peribahasa sekolah rendah adik jugak(hahaha! Bawak gurau pun tak boleh..ehehehhe..ketawa lagi :P)


Bermula baca blog, idea dari kakak saya untuk memulakan perniagaan Shaklee,terfikir dalam minda..Kenapa aku tak share kebaikan dengan orang lain? Orang kata ada ilmu, BERDOSA ok tak share!Sememangnya, ilmu ini masih cetek, dari hari ke sehari masih menggali dan menggali, tapi tugas belajar memang takkan habis pada kita sebagai manusia, itu pun kalau berminat...Kalau takde kemahuan, tak minat nak belajar,tepuk dada tanya selera :)Hari ini pun belajar lagi..Dulu tak minat, sebab takde mentor.How to start?? Selidik punya selidik, Wow! ada secret group!Bimbingan percuma bersama gandingan orang-orang yang memang suka membantu orang lain.


Saya tak buat ayat menjual, tapi percaya la..Mereka memang manusia yang suka membantu orang lain dan yang penting positif dengan dunia mereka!Mereka kaya dan berjaya sebab they give more! They share what they have..Tak pernah sedikit pun risau ilmu dorang abes kene ceduk! Prinsip utama, rezeki datang dari Allah, kalau tidak Dia janjikan rezeki itu untuk kita..Memang bukan untuk kita.Percaya atau tidak..mereka ini orang yang gajinya mungkin 2,3 atau 4 kali ganda atau berpuluh-puluh kali ganda dari apa yang kita atau anda dapat sekarang. Kalau CEO company tunggu kejap je lagi nak kena potong.Kalau master-master, master presidential tu dah lama kena potong.Hahaha! Buat lawak malam-malam ni boring la:P Anak dah tidur banyak sikit boleh taip.Hehehe..Serius. 6 angka,5 angka dalam tangan, 4 angka..3 angka..Pada yang baru start, 2 angka pon sapa nak bagi kan dari duduk goyang kaki? ;)Again! I fall in love again and again!


Langkah seterusnya,belajar selok belok perniagaan Shaklee.MLM??? Kalau dulu-dulu I will "SAY NO TO MLM"!Sekiranya ada individu approach buat bodoh je. Mintak dump duit cari orang sekian-sekian ramai, tak ke rasa zalim? Orang bawah tungkus lumus korang memang konfem kaya! Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua, that's not for Shaklee! Sekiranya, you usaha you akan dapat lebih dari upline you! Upline dapat certain percentage aje sebab coaching effort to downline. Fair kan? Takde istilah dump duit. We share everything which is good about Shaklee, we deliver the benefits to everybody.Matlamat, menambah nilai hidup orang lain. The more we share on the product benefits, more people coming to consume Shaklee then bonus dari situ kita peroleh.


Bantu dari segi perkongsian produk kesihatan, perkongsian perniagaan dan lain lain lagi. Tidak perlu keluar rumah untuk menjual di rumah orang lain. Tidak perlu ada kedai. Tidak perlu ada pekerja. Kami buat sendiri sahaja dari rumah, secara sambilan.


Seterusnya, bantu anak-anak downline sama-sama maju, berkongsi tips2, coaching, motivasi sebagai semangat kerja berkumpulan.Dalam hati jangan ada nak makan sorang ye! Kalau rasa nak makan sorang, ini bukan platform anda untuk berniaga :) Amaran awal :)Help others to help other to help others. Niat mesti jelas! Berniaga untuk apa? Untuk menambah nilai hidup orang lain, saham akhirat, pencen kubur..In Shaa Allah rezeki akan datang seiring dengannya.


OK,sekarang jam menunjukkan tepat jam 1 pagi.Mata dah kuyu..Esok ada agenda nak bershopping di Jalan TAR.Harap-harap jerebu dah reda.Kalau tak, jangan cari penyakit!Raya lebih kurang lagi 3 bulan, aci tak cari baju raya sekarang? Hehehe.


Sementara itu, di saat ketika ini, MH370 masih menemui jalan buntu walaupun terdapat sedikit hint cebisan ditemui di Lautan Hindi,masih belum disahkan kebenaran..Letakkan diri kita di tempat keluarga mangsa,apakah perasaan yang menyelubungi mereka..Letakkan lagi jauh di sudut hati..Bagaimanakah mangsa-mangsa sendiri melalui pengalaman ini..Saya tak dapat membayangkan betapa perit! Dan..saya sangat takut..sedih..No words can describe!Mari kita sama panjatkan doa dalam setiap sujud kita, semoga Allah permudahkan jalan pencarian MH370,Allah berikan kekuatan kepada keluarga mangsa dan redha dalam setiap ketentuan Nya.


#PRAY FOR MH370.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...